Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

28.11.12

Hemophobia

Assalamualaikum.

Source : Google.com

Okey murid-murid. Hari ni cikgu akan ajar kamu semua tentang Hemophobia.
Sapa tau Hemophobia tu apa? Sila angkat tangan. (**tengok keliling. angkat tangan sendiri)
Ish... Hemophobia atau bahasa senangnya Fobia terhadap darah (OMG) ialah sejenis rasa fobia atau ketakutan melampau yang terjadi kepada sesetengah individu yang kurang bertuah.
Cikgu ialah salah seorang daripada golongan itu ya murid-murid.
Ni cikgu nak cerita sikit tentang fobia yang sangat popular ni. Cikgu nak share apa yang cikgu terbaca ye.

Most types of specific phobia cause the heart rate and blood pressure to rise. Hemophobia and other blood-injection-injury phobias frequently cause a drop in blood pressure and heart rate. The sudden drop can lead to fainting, a relatively common response to the sight of blood.                                                                              (SOURCE : About.com)


Oh ya.. memang aku pitam pon tadi. (dah keluar dari mood main cikgu-cikgu)
Tadi? Oh, ya. Lupa nak mention. Aku accident tadi. Dan aku pitam depan rumah. Dua kali. Haha..hilang sudah ke-macho-an aku.

Hemophobia is often related to other phobias. Trypanophobia, or fear of medical needles, is sometimes associated with hemophobia. Some people with a fear of blood also have other medical phobias, such as fears of doctors and dentists.

Memang.. Aku takut jarum suntikan, takut jumpa doktor time sakit. Tapi aku berani jugak nak jumpa dentist. Well, regular check-up gigi tak sakit kan. Sebab tu tak takut.

Bleeding is an indication that something is wrong with the body, and the sight of one’s own blood can be enough to trigger health anxiety.

Dah namanya accident, comfirm la ada luka-luka kan. Minor injuries lah. Tapi tu pun dah cukup untuk buat aku hilang akal sebentar.

Hemophobia may be caused by a previous negative experience with blood. Those who have been through a traumatic injury or illness that caused a major loss of blood may be at increased risk. 

Aku start takut darah sebab ada negative experience with blood la masa zaman childhood aku dulu-dulu. Dah anak sedara aku kena cakar dengan kucing bawah mata, aku pulak yang dukung dia balik rumah, nasib budak darjah 4 masa tu, cuak gila lahh. Sampai aku pun end up jadi macam ni. (nada sedih)

Oh, ya. Macam mana yang accident tu?
Ceritanya macam ni.. Aku on the way nak ke Hentian Kajang untuk ambil tiket balik Aloq Setaq esok. Accident kat simpang dekat-dekat rumah my sis je. Haish.. There was a car and I was riding a motorcycle, with my sis. Kereta tu potong motor aku dan terus bagi signal untuk belok kiri. Aku tak sempat mengelak dan GEBAMMMM... Sedar-sedar aku dah tertiarap muka ke bawah, tak boleh bangun sebab kena hempap dengan LC abang ipar aku. Tobat lawak masa tu kalau aku tak sakit. Ok, aku tak claim apa-apa sebab masa tu cuak sangat tengok muka brothers tu dan sakit. Sampai rumah, dua kali aku nak pitam tengok darah sendiri. Cehh... terok.

Dan macam mana keadaan aku sekarang?

Well, Alhamdulillah. Still alive. Few cuts and bruises. Injured my elbow, palm, and thigh. 
Jangan risau. Aku tak teruk sangat. Kalau tak, tak da nya aku nak duduk depan desktop ni dan type entry panjang-panjang. Baik aku menangis sorang-sorang atas katil ye tak.. 

Oh, mak aku kat kampung tak tau lagi yang aku accident. Harap-harap akak, abang, dan anak sedara kat kampung pandai simpan rahsia. Esok balik mampus aku kena. Doakan saya selamat. 

Assalamualaikum.

19.11.12

Gagal

Assalamualaikum... May peace be upon you...

Lama gila tak meng-update hoi.. Tak ada benda nak story satu pasai, laptop meragam buat hal nak kena campak masuk sungai berlumpur pun jadi penyebab jugak. Tahap nak online pun kena pinjam laptop orang sebelah rumah memang dah melampau. Tapi, disebabkan kawan chenta hati suruh update untuk sedapkan hati, terpaksa la.[Jenoh kena maki dengan Fauhan bila dia baca ni]

Topik kali ni ialah : Gagal vs. Kegagalan

Siapa dalam dunia ni tak pernah gagal? Muhong la weh kalau hang kata hang berjaya sedia. Tak dak maknanya. Jutawan, hartawan, karyawan, dan segala -wan yang lain pun mesti pernah gagal. So, my point here is gagal tu ialah satu benda yang biasa, lumrah alam. Kalau tak gagal macam mana kita nak belajar kan?

Aku pernah gagal. Bukan sekali. Banyak kali dah.Ni salah satu contoh kegagalan aku.

Disebabkan terlampau riak dengan keputusan UPSR dan PMR, aku gagal dalam SPM. I mean, gagal nak capai target straight As tu. Kecewa gila mak aku. Tapi, aku buat-buat rilex. Alaa, aku still dapat tawaran macam-macam apa.(ayat nak sedapkan hati)

So eventually aku mendaftar masuk asasi. Bajet aku mampu nak bawak subjek-subjek engineering.Hello, Engineering Drawing masa SPM pun tak pernah reti nak buat, asyik tidur dalam kelas Physics dan Add Math, asyik maki cikgu Chemistry macam tu pun ada hati nak ambil engine lagi. Tapi, ada aku kisah?? Aku confident gila aku boleh. Dan disebabkan high level of confidence tu la yang menghancurkan aku. Sem 1 asasi dapat pointer below 2.0. Provisional Pass beb. Gila!! Down gila masa tu. Baru sedar yang aku ni bodo piang.

Tapi lepas tu aku start a new life. Sem 2 dan sem 3 aku buat betul-betul. Result pun Alhamdulillah.. Boleh la cover sikit-sikit result yang teruk tu. Tapi, still tak mampu nak cover pointer aku untuk melayakkan aku sambung degree dalam course yang aku nak. Kebetulan, masa sem 3 tawaran masuk IPGM dibuka. Disebabkan aku rasa aku ada passion dalam language and teaching profession dan aku rasa tak confident mampu sambung degree in engineering, aku apply TESL kat IPGM. Alhamdulillah, dapat. So, aku GAGAL mengekalkan hala tuju aku dalam bidang engineering terchenta.
And the rest is history.

So, kawanku yang cantik manis, sopan santun dan ayu...
Ni adalah suatu contoh keGAGALan yang paling relevan yang pernah terjadi dalam hidup aku.
FIY, aku sangat-sangat down masa dapat result macam tu dulu. Aku asyik menangis tapi makan-tetap-makan-macam-tak-ada-apa-apa-yang-jadi, aku buat macam-macam benda bodoh, teriak-teriak call abang aku sampai dia diam tak tau nak cakap apa. Rasa macam aku la orang paling bangang dekat tempat tu. Tambah-tambah pulak classmates semua dapat pointer yang...gila lah!! Makan kismis sehari sekilo apa depa tu.

Kemudian aku sedar, setiap orang dikurniakan tahap kemampuan masing-masing. Setiap orang perlu mengharungi dugaan yang sesuai dengan tahap penerimaannya. Allah tak kan uji hamba-Nya diluar kemampuannya. Aku sedar yang mungkin aku diuji dengan kegagalan sebab selama ni aku tak pernah gagal dalam akademik. So, aku jadi terlampau selesa dalam comfort zone aku sendiri. Aku jadi lalai. Aku tak pernah bersyukur. Allah nak sedarkan aku. Bertitik tolak dari kesedaran beberapa saat itulah, aku bangkit berdiri mengejar benda-benda yang aku ketinggalan. Sedih tetap sedih. Classmates dengan bahagianya boleh  belajar benda baru, aku terkontang-kanting sorang2 repeat paper yang sama. Bukannya satu, tapi DUA weh. Aku move on. Ambil apa yang terjadi sebagai satu pengajaran bagi aku, sebagai satu peringatan. Even sekarang pun, walaupun aku dah bertukar bidang dan tempat pengajian, aku still take that experience sebagai motivasi untuk aku terus berjaya.

So, kawan ku yang cantik jelita. Don't think this is the end of your life. You still have a long journey before you reach your destination, which is SUCCESS. Keep strong and have faith in HIM.

Aku bukan orang terbaik untuk bagi segala nasihat. Aku lah si pemalas, si cakap tak serupa bikin, si buat kerja last minute, seorang yang suka menyusahkan orang lain, main-main dalam belajar, seorang yang tak pernah anggap exams tu satu benda yang penting, jahil dalam agama... Tapi, as a friend aku still have that responsibility to comfort my friend when she needs me. So, cheer up! Think positive dear. Who knows you'll enjoy your next semester more than what you're thinking. Maybe akan ada lagi banyak knowledge yang boleh hang dapat, knowledge yang hang tak pernah sedar pun selama ni.

Hoih, panjang gila. Rasa macam dok mengarang surat cinta kat kekasih hati tak jumpa berbulan-bulan yang pergi belayar ke penghujung dunia tumpang bahtera si Tanggang ja. -.-'

** Dalam main-main, aku menyesal. Dalam penyesalan, aku masih main-main. Get it??