Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

27.8.12

6 Golongan Perempuan yang Perlu Dijauhi

Assalamualaikum...
Jom kita berkongsi ilmu ye :)
Saya baru terbaca ilmu ni dalam sebuah buku (buku hadiah birthday. ehemm)
*Berbahagialah Wahai Wanita : Soal Jawab Agama bersama Ustaz Kazim Elias. Terbitan inteampublishing

                              *******

Islam menyarankan agar golongan lelaki soleh tidak menjadikan golongan wanita berikut sebagai isteri-isteri mereka. Ini adalah kerana sifat-sifat wanita solehah tidak wujud dalam diri mereka. Ciri-cirinya iaitu :

1. Al-Ananah : Wanita yang tidak pernah berasa cukup mahupun puas.

2. Al-Mananah : Wanita yang suka mengungkit.

3. Al-Hunanah : Wanita yang menginginkan suami yang lain.

4. Al-Hudaqah : Wanita yang sekiranya menginginkan sesuatu, maka dia akan menyuruh, memaksa serta memerintah suaminya untuk melakukannya

5. Al-Buraqah : Wanita yang setiap hari sibuk bersolek atau berhias, tanpa mempedulikan amalan yang lain.

6. As-Salaqah : Wanita yang banyak bercakap dan berleter.

                            *********

Jadi kawan-kawan, kaum muslimah sekalian...
Jom ubah diri kita. Kalau ye pun kita ni dok mengaji lagi, lambat lagi nak kahwin, tapi tak salahkan kalau kita mula belajar untuk berubah sekarang?
Kita tak nak tergolong dalam golongan perempuan yang perlu dijauhi kan?? :)

10 sebab kenapa saya suka raya tahun ni

1. Dapat jumpa balik kawan-kawan masa sekolah rendah.

2. Dapat jumpa dan lepak dengan kawan masa lower form sekolah menengah.

3. Dapat jumpa balik bestfriends yang dah lama tak berapa nak baik dah.

4. Dapat keep in touch dan share stories with friends.

5. Walaupun tak semua keluarga saya pulang beraya di kampung, at least saya dapat jugak berkumpul
dengan keluarga.

6. Dapat snap banyak gambar dengan kawan-kawan dan keluarga

7. Dapat  masak dan makan lemang panas-panas.

8. Dapat minta maaf dengan orang dan menjernihkan kembali hubungan dengan kawan-kawan lama.

9. Dapat duit raya!! yahooo

10. Dapat lupakan terus assignment yang berlambak-lambak yang sepatutnya dihantar pada hari pertama selepas cuti raua -.-'