Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

16.2.12

Ini kehidupan yang sadis

Awal Bulan

Kawan-kawan  :  Weh, elaun dah masuk!!! Baru check tadi.
Aku  :  Wah..Alhamdulillah.. Aku memang tengah sengkek ni.
(Monolog dalaman)  :  Okay, bulan ni aku tak mau boros. Budget makan RM bla bla, bayar bil, transport balik kampung, shoping sikit.. Okay, cantik. Ada lagi balance. Boleh simpan. Janji tak guna duit lebih ni.


Minggu pertama setelah elaun masuk

Kawan  :  Eh, jom keluar esok!!
Aku  :  Okay, boleh saja. 

** Keesokannya, selepas balik dari berbelanja.

Aku  :  Ish, ni yang pelik ni. Duit habis banyak, tapi satu benda pon aku tak nampak depan mata. Apa yang aku beli ha? Tak pun duit aku tercicir kat mana-mana. (sambil pegang calculator)
Room mate  :  Ish, takkan la jatuh. Try check dalam beg. Ha, tadi kan hang beli bla bla bla.. Try kira balik.
Aku  :  Eh, memang betullah weh. Duit aku tak hilang. Aku yang terlebih guna ni. Tu la, terlebih withdraw tadi. Ingat nak withdraw terus untuk keperluan minggu depan. Ha, kan dah terguna. (Sambil belek-belek resit dan purse yang sememangnya nipis)


Tengah Bulan

Kawan : KFC jom!!
Aku  :  Budget lari. Setakat snack box mampu la. 
...........................................................................................................................

Aku  :  Aku nak makan sehari sekali ja taw. Nak bagi berat turun sikit. Dah gemuk sangat ni. 
(Dalam hati) : Sebenarnya, aku tengah save ni. Bila nak masuk bulan baru ni? Mak tak nak offer nak bagi duit ke bulan ni.. Abang-abang pun tak nak call tanya khabar adik kesayangan ni ka? Aiiya..


Hujung Bulan

** Situasi semasa tengah bulan menjadi semakin parah.


Awal Bulan seterusnya

** Situasi sadis ini berulang kembali.. dan kembali.. dan kembali.. dan kembali...