Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

25.11.13

Rapuh

Rapuhnya hati aku

aku berjalan
menyusun aturan langkah yang kian tempang
tongkat diberi aku tolak ke tepi - apa kau anggap aku lemah? aku tak perlu bantuan dalam mengatur langkah tempangku
aku terlalu egois, kau tahu?

...........................................

satu, dua, tiga
langkahan tempang aku hayunkan
sambil mata melirik ragam manusia
sekali aku tersenyum, selebihnya aku berduka
ah, bahagia nya mereka dengan setiap langkahan sempurna
malah, dua hayunan langkah yang seiring seakan mempersona
aku tunduk, seka air mata

tanpa henti, aku teruskan perjalanan dengan langkahan tempang yang sama
terkadang, aku berhenti lepaskan lelah
pungut segala sisa hati dan semangat yang berbekas
tampal semula secoret senyuman
sebelum aku teruskan hayunan langkah tempangku

Oh, rapuhnya hati aku!

8.11.13

Imaginasi

kau nak tahu?
dalam dunia fikiran aku
aku dah bunuh kau tiga kali,

tapi selalunya,
aku biarkan liar imaginasi aku
buat kau melutut dan menangis
sambil aku hamburkan rasa sebal aku berpuluh-puluh kali
kau memujuk
aku tak ambil peduli
lalu mulutku ringan meluahkan kata-kata sinis yang mendiamkan kau
dan tinggalkan kau tersedu-sedan di sudut situ

lalu aku rasa puas,

tapi kemudiannya kosong

sebab aku tersedar
yang tak guna aku 'bunuh' kau sekarang

aku patut pintas kata-kata kau dulu
yang dah 'bunuh' rasa percaya aku

15.10.13

lelaki separuh usia dan sehelai not RM 5

ada seorang lelaki separuh usia,
yang hidupnya mengerah kudrat selayaknya tenaga memandu kereta sewa ke tempat-tempat yang diminta untuk dibawa.

datang dua penumpang,
"uncle, boleh tolong hantarkan ke XXX"
"boleh.boleh. RM 20"
"tapi uncle, selalunya RM15"
"sekarang sudah naik harga la. sekejap, saya check dulu"
...
"ya ya. Kamu betul. RM 15. tempat lain sudah naik harga. XXX masih harga lama. jom!"

dalam perut kenderaan, si lelaki separuh usia gelisah
serba tak kena
"tadi petang,ada budak tempat kamu belajar naik teksi saya. saya cakap RM20. kamu kenal ka?"
"err..tak kenal uncle."
"perempuan India. pendek-pendek. Ipoh mali. dua tahun belajar di sini"
"banyak perempuan India di tempat kami uncle"

si lelaki separuh usia meneruskan pemanduan,
tapi gelisah hatinya tak siapa mampu duga.
"you tak kenal ka? saya dah terambil lebih RM5 dari dia."
"tak pa lah uncle. uncle bukan sengaja."

diam...

"tak apa. nanti kalau dia datang sini lagi, saya kasi diskaun."

diam.

teruskan perjalanan.

"eh, itu ka perempuan tadi?"
"emm... yang mana uncle?"
"eh, bukan la. perempuan tadi lagi rendah."

diam lagi.
dua penumpang berlalu turun dari perut kereta.
meninggalkan si lelaki tua yang mungkin sedang berfikir yang entah apa-apa.
berfikir dalam diselubungi rasa salah yang membalut hati.
terfikir yang dia telah termakan wang berjumlah RM5 dari seorang pelajar universiti,
terfikir yang dia mengambil sesuatu yang bukan haknya.
terfikir yang macam-macam

mungkin.

dan rasa bersalah itu mungkin akan menghantuinya untuk beberapa hari mendatang.

RM 5 mungkin suatu nilai yang kecil pada kita, tapi mungkin tidak bagi lelaki separuh usia.
dan mungkin sesetengah dari kita pernah melalui situasi yang sama, tetapi dengan nilai harga yang lagi berharga.
persoalannya, kalau kita ditempat lelaki separuh umur tadi
apa akan kita buat?

A.  berlagak semacam tiada apa yang salah.
B.  rasa bertanggungjawab kerana telah mengambil hak orang lain.


jawapannya bergantung kepada nilai diri sendiri.
kepada tafsiran definisi 'SALAH' dan 'BETUL' kita.


3.7.13

kau hanya pencetus rasa sebal aku

kau tahu apa yang buat aku terus kuat?
rasa tidak mahu dipandang lekeh dimata kau.
itu buat aku tetap tegak berdiri.

segala teguran yang kau beri dulu,
yang dulunya mungkin tidak aku turut
aku cuba untuk berubah.
kalau teguran tidak diturut itu penyebab aku begini,
aku mahu kau tahu yang kau salah,
tersilap langkah.

kau tahu,
meski sudah lama berlalu
tapi kau masih mampu buat aku sakit, pedih.
dan aku tak pernah suka rasa itu.

harapnya nanti kalau kita berjumpa semula,
kau akan lihat aku bukan seperti aku dahulu,
tapi aku yang lebih baik, lebih cekal, lebih tabah.

dan saat itu,
aku harap kau terpaku.

tapi, jangan kau pernah terfikir
aku berubah kerna engkau.
kalau pun aku berubah, aku berubah kerana aku dan Dia.
kau hanya unsur pencetus
pencetus amarah dan rasa sebal saat aku terkenang.

15.6.13

Manipulasi minda yang gagal

Rasa yang satu ini antara rasa yang paling aku benci.
Last sekali dapat 'rasa' macam ni lebih setahun lepas.

Rasa marah meluap-luap,
sakit hati tanpa sebab,
rimas,
sedih,
tahan tangis,
semua bersatu.

Dan semua muncul tanpa sebab yang konkrit.

Macam petang ini, rasa kesialan itu muncul tanpa warning.
Sebabnya?

1.  Ika semakkan ruang tamu.
 Aku bagi warning sekali, dia buat tak endah - aku buang semua barang atas meja - dia protes - aku bagi makan penampar.

 2.  Ke-'sibuk'-kan emak saudara sebelah rumah.
Aku tengah menjahit - dia sibuk-sibuk belek sana-sini sambil datang dekat sangat-sangat dengan aku - aku bagi hint kata aku rimas - dia buat tak faham bahasa - aku tarik kain dari tangan dia dan angkat kaki. 

3.  Mak ulang soalan yang sama "bila nak makan coklat tu?"

4.  Abang cik cakap dia tak boleh hantar ke Shahab Perdana esok.

Tak, sebenarnya benda-benda di atas ni sangat-sangat-sangat small matters, kalau terjadi pada hari-hari biasa. Tapi, disebabkan semua di berlaku pada petang ini, ia sangat-sangatlah terrible.

Dan sekarang aku tengah tahan sendu, sambil berfikir macam mana nak channelkan this negative feeling towards something beneficial.

Hell yeah. 


11.6.13

Girls talk


"Hang saja pun. mulut puii puii puii berbuih cakap taff bagai. hati? macam cawan. jatuh pecah berdentum. koman spana jaya haih."

Kalau benar aku bagai cawan,
layan aku secukupnya.
tak perlu terlampau baik, tak perlu terlampau kasar.
Ye lah, aku kan cawan.
 

25.5.13

Asal cuba



Nah, makanan otak malam ni.
Sila hadam.

P/S : Ayat ni dicuri dari caption lagu 'Jupiter'



Curi dari twitter

@8factapp

Semangat betul aku membaca balik original fairy tales.
Brothers Grimm punya version dah baca.
Nak cari original pulak

18.5.13

Langsung tak bersyukur

Terkadang aku fikir
"kan best kalau ada adik beradik sebaya"

Hah, statement orang tak kenang dek untung.

Tapi betul
bukan sekali, tapi dah berkali-kali aku terfikir

Rasionalnya
senang nak bercerita,
bergelak tak ingat dunia
buat benda lagha sama-sama

Yang atas dari aku umurnya lebih dari aku 7 tahun
lelaki,
masih belum berpunya,
selebihnya semua dah berkahwin, beranak pinak
sudahnya tinggal aku seorang-seorang
nak bergurau bodoh dengan abang
nanti dikatakan 'adik aku ni sasau'
nak bercerita dengan kakak-kakak,
mana nak dilayannya cerita budak baru masuk dewasa
tak masuk dek jiwa mereka.

Terkadang hati kata,
"kau perlu cari saudara buat kongsi bicara"
tapi siapa nak aku tuju?
Aku tak biasa bercerita dengan mereka.

Cemburu,
cemburu aku lihat kawan-kawan
yang rapatnya dengan adik kakak tahap tak ada segan


Ini kata dari hati yang tak berfikir

17.5.13

Cari jalan lepas dari membaca


Dalam kesibukan mengerah seluruh neuron untuk menghadam bahan bacaan berbentuk ilmiah,
aku lebih sibuk melayan ini.

Ya, ini.
satu bentuk obsesi yang menjangkiti aku sejak dulu, sampai sekarang.
teringin nak mengaku diri sebagai die-hard-fan, tapi masih belum tahap itu
kalau punya duit yang banyak, dah lama seluruh koleksi HP dikumpul.
ini, setakat novel sebuah dua, tak boleh buat bangga.

Dalam kesibukan menelaah pelajaran, aku masih leka masuk ke alam magikal yang dicipta manusia bernama J.K Rowling.
Memang aku cari nahas, waktu-waktu kritikal minggu exam macam ni, aku sanggup download video games.
permainan video sama yang aku main lebih 10 tahun lepas.
ulang balik, seronok !

Tapi, tu lah. Aku leka.

Tadi sore, empat jam dihabiskan depan komputer. Usai main, berpusing kepala.
Habis baldi teman sebilik dilanggar. Haish.

Benda ni yang mampu buat aku ketawa,
menangis,
buat adrenalin aku bergerak laju,
buat aku lenyap dalam dunia fantasi.

Dulu,
aku pernah berangan,
nak masuk sekolah macam Hogwarts. (well,obviously itu sangat mustahil)
nak main Quidditch. (that's explain kenapa aku tak minat sukan)
Sampai exam mid-year paper English masa Form 4 pun boleh dikarangnya tentang Harry Potter.
Tergelak-gelak Sir Wahid baca, agaknya.
bodoh punya angan-angan.

Tapi, kalau angan-angan tu buat kita bahagia, tak salah kot.

Ya, aku leka lagi.

Aku main Pottermore.
Bajet nak dapat Gryffindor.
Sekali dapat Hufflepuff.



10.5.13

Euphoria malam ini



Bilamana setiap perkataan mereka, walau yang ringkas mampu buat aku ketawa...
Itu aku panggil BAHAGIA.


Terima kasih Fauhan,
Terima kasih Linda,
Terima kasih Kak Cik,
Terima kasih Wawa,
Terima kasih Nurmi,
Terima kasih Atun (walau tak muncul,tapi memori tentang dia pasti ada)
Terima kasih F2

9.5.13

Cemburu


Bukannya tak cemburu,
Cemburu sangat.

Keinginan itu ada,
dan pasti akan terlaksana,
cuma entah,
Syaitan-syaitan masih berjaya memanipulasi diri,
bisik kata-kata nista yang sudah aku tahu di mana salahnya,
tapi itulah,
dah namanya manusia
yang buruk itulah yang aku ikut,
yang indah itu segan silu untuk aku turut.

Dibuka gambar seorang sahabat,
yang dulunya serupa aku,
lalai...
Kini sahabat itu dah banyak berubah meninggalkan aku yang masih di takuk lama.
Jujur aku kata,
aku cemburu.
Aku cemburu dengan dia.

Lantas aku cermin diri aku.
Ya, aku bertudung.
Lengan baju panjang.
Bagus!
Tapi,
tudung aku? cukup labuhkah?
baju seluar aku? cukup longgarkah?
kaki aku? mengapa dibiarkan terbuka?
solat aku? mengapa masih lompong?
Tepuk dahi, sembunyi muka.
Aku masih tak sempurna.

*Senyum
Aku rasa cemburu ini ada baiknya :)

25.4.13

#250413

Jari terketar-ketar mahu menulis.
Teruja!
Tapi apa yang mahu ditulis tak juga kunjung tiba.
*Tepuk dahi

**Eh, refleksi BIG tak siap lagi. Ada hati nak menulis benda lain.

Hari Puisi #1



"Ingatkan aku wahai Tuhan
bahawa kasih-Mu adalah lebih dari segala kesempitan"

Hayati puisi di soundcloud :
 Ingatkan AKu, Wahai Tuhan oleh Tia Setiawati Priatna


25.3.13

Ingat Ingat Ingat

Tika kau mahu melangkah,
Waspada...

Tika kau mahu menutur kata,
Beringat...


INGAT dan WASPADA
Dua kata yang perlu sentiasa kau pegang.
Tiada mereka, jurang gelap jadi hala tuju.

Hidup tak perlu pesimis, cukup jika punya akal aktif yang mampu menilai baik buruknya pilihan.

Random quotation. For us to think about.

24.3.13

Think #Best friend

Some people say...

"Shower is the best place for you to think about your life"

And so I did...


May peace be upon you. Gambar ehsan Google.Inc


#Kawan Baik

I have this one good friend. A BFF.
Dah lama kenal, sejak Darjah 1, sampai sekarang.
Alhamdulillah.
Fikir-fikir balik...
"Aku" hari ini adalah disebabkan dia dan keluarga,
ya, selain daripada keluarga aku sendiri
aku paling banyak berhutang dengan mereka

Kalau tak disebabkan dia yang mengajak ke kelas tambahan waktu kecil dahulu,
mungkin pelajaran aku entah kemana.
Bukan aku cakap kelas tambahan tu satu kemestian..
Tidak!
Tapi untuk aku mungkin boleh dianggap satu keperluan yang harus dipenuhi.

Kalau tak disebabkan dia,
mungkin aku leka.
Bermain, bersuka ria lagak remaja tiada hala tujunya.
Syukur ada dia,
sekurangnya ada seseorang yang boleh aku pegang sebagai 'target point' untuk aku tuju..

Kalau tak disebabkan dia dan keluarga,
yang sentiasa hulur dorongan dan kata-kata semangat,
yang menyokong tak kira apa keputusan aku,
mungkin hidup aku dah kemana..

Masa berlama-lamaan di dalam shower tingkat 3, aku terfikir
yang jasa mereka pada aku amat banyak
tak mampu aku senaraikan di sini,
sebab mungkin jasa mereka tak dapat aku luah melalui tulisan,
hanya dapat difahami melalui perasaan.

Terima kasih sahabat, Nur Farhana Binti Jamaludin
Jua keluarga ; Pak Lang, Mak Lang, Faiz, Fahmi, Farah

Terima kasih
kerana menjadikan 'aku' seperti 'aku' pada hari ini.
Terima kasih
kerana menjadi sebahagian daripada kamus hidup aku.

28.2.13

Khianat

Assalamualaikum.
Hai !!!!

"Saya seorang gadis yang bakal memasuki fasa 21 tahun yang mempunyai banyak idea (bernas mahupun tidak) dan gemar berhujah, memberi pandangan dan menegakkan kebenaran."

Kenyataan di atas adalah benar. Langsung tiada sebarang unsur penipuan. Benar.
Cuma ada sedikit penambahan ayat yang sepatutnya diletakkan selepas perkataan terakhir ayat tersebut.
Sepatutnya kenyataan tersebut berbunyi sebegini :

"Saya seorang gadis yang bakal memasuki fasa 21 tahun yang mempunyai banyak idea (bernas mahupun tidak) dan gemar berhujah, memberi pandangan dan menegakkan kebenaran, tetapi bukan di hadapan khalayak ramai"

Ya... Bila aku cuba untuk meluahkan apa yang terfikir oleh otak dan akal aku di hadapan umum, aku boleh rasakan yang mulut, lidah dan segala anggota badanku yang lain sedang mengkhianati aku dengan jayanya. Apa yang aku luahkan selalunya tidak seiring dengan apa yang aku sedang fikir. Butir bicara selalunya bersifat merepek, dengan idea-idea dan huraian yang kelihatan langsung tidak menunjukkan tahap huraian seorang dewasa berumur 21 tahun. Bahasa badan aku jugak dengan gembiranya selalu menganjeng aku. Sesuka hatinya berbuat sesuatu perlakuan yang boleh menimbulkan rasa lucu pada hati-hati mereka yang memandang.

Contoh terdekat ialah seperti apa yang terjadi di dalam kelas tadi. Huraian yang sepatutnya ringkas dan mudah difahami menjadi terlalu berselirat untuk dimengerti. Entah apa yang aku merapu di hadapan kelas.

Stage fright? Ya, itu aku. Tidak dahulu. Tetapi sekarang.
Perasan yang mula muncul selepas aku menghabiskan zaman berbaju putih berkain biru.



18.2.13

This is a question that is more tricky than final exam question.

A random question from my best friend makes me think :

" Hang masih tunggu dia?"

Seriously, that's a tricky question. Never thought I had to think about this. Deep inside, I'm asking for a good ending, with him. There's still a hope. And after a while, I gave my answer.

" Bodoh la aku kalau tunggu orang yang buang aku. "

That's it. I'm sure with my answer. Yet, this stupid-thingy-of-feelings still somehow drive me crazy. I just can't help it.



9.1.13

berangan dan berfikir

kalau nak disusun ikut turutan, berangan tu boleh kot masuk dalam list hobi aku
dah nama berangan, mestilah nak yang indah-indah saja.

tapi,
terkadang terfikir tentang masa depan,
fikir yang serius, yang bukan main-main,
aku jadi kecut perut.

Sekarang,
rasa macam tak sabar-sabar nak habis study,
nak rasa pegang duit sendiri.
Tapi difikir balik,
dalam umur yang dah makin tua,
mampu aku nak hadap tanggungjawab banyak-banyak?
Sanggup?



**Rasanya aku kena tukar style berangan aku. Nak kena berangan hidup yang susah pulak. Kot-kot  boleh siapkan mental fizikal untuk masa depan kot.

3.1.13

My Nurin, My World


Nurin Radhiyyah Najwa

Nurin = Cahaya
Radhiyyah = Yang Redha ; Yang Rela
Najwa = Bisikan rahsia

Seindah nama, semolek peri laku...
(maaf. mak cik amat rindu dengan Nurin. dan tahniah kerana Nurin telah berjaya memenuhkan memory handphone, laptop dan camera mak cik dengan gambar-gambar Nurin)

20th March 2011.. She was born.



Isn't I'm adorable??





That cheeky smile of her.

Seems that I'm over doing it. 

Upps.. I did it again. But still, my makcik loves the way I smile, laugh, and giggle. 



Double WOW for the eyes !

Admire my curly hair? Go to your hairstylist and ask for one.

She loves wearing hijab. Automatically, she will perform 'solat' once she wear hijab. Good girl :)

Look at that double chin !

Mahuku satu... Mahu kau senyum selalu :)

** Never thought she'd grown up so fast. Did I mention she'll get new baby sister/brother in the upcoming few months ?