Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

15.10.13

lelaki separuh usia dan sehelai not RM 5

ada seorang lelaki separuh usia,
yang hidupnya mengerah kudrat selayaknya tenaga memandu kereta sewa ke tempat-tempat yang diminta untuk dibawa.

datang dua penumpang,
"uncle, boleh tolong hantarkan ke XXX"
"boleh.boleh. RM 20"
"tapi uncle, selalunya RM15"
"sekarang sudah naik harga la. sekejap, saya check dulu"
...
"ya ya. Kamu betul. RM 15. tempat lain sudah naik harga. XXX masih harga lama. jom!"

dalam perut kenderaan, si lelaki separuh usia gelisah
serba tak kena
"tadi petang,ada budak tempat kamu belajar naik teksi saya. saya cakap RM20. kamu kenal ka?"
"err..tak kenal uncle."
"perempuan India. pendek-pendek. Ipoh mali. dua tahun belajar di sini"
"banyak perempuan India di tempat kami uncle"

si lelaki separuh usia meneruskan pemanduan,
tapi gelisah hatinya tak siapa mampu duga.
"you tak kenal ka? saya dah terambil lebih RM5 dari dia."
"tak pa lah uncle. uncle bukan sengaja."

diam...

"tak apa. nanti kalau dia datang sini lagi, saya kasi diskaun."

diam.

teruskan perjalanan.

"eh, itu ka perempuan tadi?"
"emm... yang mana uncle?"
"eh, bukan la. perempuan tadi lagi rendah."

diam lagi.
dua penumpang berlalu turun dari perut kereta.
meninggalkan si lelaki tua yang mungkin sedang berfikir yang entah apa-apa.
berfikir dalam diselubungi rasa salah yang membalut hati.
terfikir yang dia telah termakan wang berjumlah RM5 dari seorang pelajar universiti,
terfikir yang dia mengambil sesuatu yang bukan haknya.
terfikir yang macam-macam

mungkin.

dan rasa bersalah itu mungkin akan menghantuinya untuk beberapa hari mendatang.

RM 5 mungkin suatu nilai yang kecil pada kita, tapi mungkin tidak bagi lelaki separuh usia.
dan mungkin sesetengah dari kita pernah melalui situasi yang sama, tetapi dengan nilai harga yang lagi berharga.
persoalannya, kalau kita ditempat lelaki separuh umur tadi
apa akan kita buat?

A.  berlagak semacam tiada apa yang salah.
B.  rasa bertanggungjawab kerana telah mengambil hak orang lain.


jawapannya bergantung kepada nilai diri sendiri.
kepada tafsiran definisi 'SALAH' dan 'BETUL' kita.