Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

28.2.13

Khianat

Assalamualaikum.
Hai !!!!

"Saya seorang gadis yang bakal memasuki fasa 21 tahun yang mempunyai banyak idea (bernas mahupun tidak) dan gemar berhujah, memberi pandangan dan menegakkan kebenaran."

Kenyataan di atas adalah benar. Langsung tiada sebarang unsur penipuan. Benar.
Cuma ada sedikit penambahan ayat yang sepatutnya diletakkan selepas perkataan terakhir ayat tersebut.
Sepatutnya kenyataan tersebut berbunyi sebegini :

"Saya seorang gadis yang bakal memasuki fasa 21 tahun yang mempunyai banyak idea (bernas mahupun tidak) dan gemar berhujah, memberi pandangan dan menegakkan kebenaran, tetapi bukan di hadapan khalayak ramai"

Ya... Bila aku cuba untuk meluahkan apa yang terfikir oleh otak dan akal aku di hadapan umum, aku boleh rasakan yang mulut, lidah dan segala anggota badanku yang lain sedang mengkhianati aku dengan jayanya. Apa yang aku luahkan selalunya tidak seiring dengan apa yang aku sedang fikir. Butir bicara selalunya bersifat merepek, dengan idea-idea dan huraian yang kelihatan langsung tidak menunjukkan tahap huraian seorang dewasa berumur 21 tahun. Bahasa badan aku jugak dengan gembiranya selalu menganjeng aku. Sesuka hatinya berbuat sesuatu perlakuan yang boleh menimbulkan rasa lucu pada hati-hati mereka yang memandang.

Contoh terdekat ialah seperti apa yang terjadi di dalam kelas tadi. Huraian yang sepatutnya ringkas dan mudah difahami menjadi terlalu berselirat untuk dimengerti. Entah apa yang aku merapu di hadapan kelas.

Stage fright? Ya, itu aku. Tidak dahulu. Tetapi sekarang.
Perasan yang mula muncul selepas aku menghabiskan zaman berbaju putih berkain biru.



18.2.13

This is a question that is more tricky than final exam question.

A random question from my best friend makes me think :

" Hang masih tunggu dia?"

Seriously, that's a tricky question. Never thought I had to think about this. Deep inside, I'm asking for a good ending, with him. There's still a hope. And after a while, I gave my answer.

" Bodoh la aku kalau tunggu orang yang buang aku. "

That's it. I'm sure with my answer. Yet, this stupid-thingy-of-feelings still somehow drive me crazy. I just can't help it.



9.1.13

berangan dan berfikir

kalau nak disusun ikut turutan, berangan tu boleh kot masuk dalam list hobi aku
dah nama berangan, mestilah nak yang indah-indah saja.

tapi,
terkadang terfikir tentang masa depan,
fikir yang serius, yang bukan main-main,
aku jadi kecut perut.

Sekarang,
rasa macam tak sabar-sabar nak habis study,
nak rasa pegang duit sendiri.
Tapi difikir balik,
dalam umur yang dah makin tua,
mampu aku nak hadap tanggungjawab banyak-banyak?
Sanggup?



**Rasanya aku kena tukar style berangan aku. Nak kena berangan hidup yang susah pulak. Kot-kot  boleh siapkan mental fizikal untuk masa depan kot.

3.1.13

My Nurin, My World


Nurin Radhiyyah Najwa

Nurin = Cahaya
Radhiyyah = Yang Redha ; Yang Rela
Najwa = Bisikan rahsia

Seindah nama, semolek peri laku...
(maaf. mak cik amat rindu dengan Nurin. dan tahniah kerana Nurin telah berjaya memenuhkan memory handphone, laptop dan camera mak cik dengan gambar-gambar Nurin)

20th March 2011.. She was born.



Isn't I'm adorable??





That cheeky smile of her.

Seems that I'm over doing it. 

Upps.. I did it again. But still, my makcik loves the way I smile, laugh, and giggle. 



Double WOW for the eyes !

Admire my curly hair? Go to your hairstylist and ask for one.

She loves wearing hijab. Automatically, she will perform 'solat' once she wear hijab. Good girl :)

Look at that double chin !

Mahuku satu... Mahu kau senyum selalu :)

** Never thought she'd grown up so fast. Did I mention she'll get new baby sister/brother in the upcoming few months ?


30.12.12

#15factsaboutme

1. I'm a girl
2. Am going to be 21 years in few days.
3. Future teacher.
4. Cry because of stupid things.
5. Wondering who's my other half, and where is he now.
6. Day dreaming a lot.
7. Used to have an imaginary twin brother when I was a kid.
8. Materialistic. -.-'
9. Always think that exam is not that important.
10. Expert in doing last minute things, especially in assignments and study.
11. Give people advices, but never practices them.
12. Have a big problem; think that I'm not fat, but in reality, yes I am.
13. Hate green vegetables.
14. Waterfall is more preferable than beach.
15. .................(please fill in the blank)...........

20.12.12

Kenapa saya tak pernah simpan diari?

1. Malas nak tulis consistently setiap hari. Assignment pun tak terbuat, ni kan pulak nak tulis journal harian.

2. Bila dah tulis, nak kena fikir kat mana tempat selamat nak simpan that diari. Takut orang lain baca.

3. Bila dah selamat simpan, nanti tiba-tiba terbaca balik benda yang dah jadi then termalu sorang-sorang. Sebabnya, benda yang ditulis tu selalunya ditulis dengan penuh emosi. Bila baca balik, reaction aku selalunya macam ni : "Bodo piang betoi aku time ni. -.-' malu sungguh "

4. Bila dah terbaca dan termalu, mula teringat balik benda yang dah terjadi. Tak suka!!!!

5. Bila dah teringat, ayat 'kalaulah aku........' akan terulang-ulang dalam kepala otak. Argh, pergi mampus dengan 'kalaulah..' Benda dah jadi mana boleh aci men ulang balik.


** And that are the reasons why I hate to keep a diary. Aku prefer untuk tulis apa yang aku rasa nak luahkan in a piece of paper, baca sekali imbas dan terus bakar or koyak kecik-kecik. So, peluang untuk aku baca or orang lain terbaca dah berkurangan.

Reminder : 2013 bakal menjelma. Planner 2013 tak cari lagi. Oh, aku tak suka simpan diari je, planner aku suka.

28.11.12

Hemophobia

Assalamualaikum.

Source : Google.com

Okey murid-murid. Hari ni cikgu akan ajar kamu semua tentang Hemophobia.
Sapa tau Hemophobia tu apa? Sila angkat tangan. (**tengok keliling. angkat tangan sendiri)
Ish... Hemophobia atau bahasa senangnya Fobia terhadap darah (OMG) ialah sejenis rasa fobia atau ketakutan melampau yang terjadi kepada sesetengah individu yang kurang bertuah.
Cikgu ialah salah seorang daripada golongan itu ya murid-murid.
Ni cikgu nak cerita sikit tentang fobia yang sangat popular ni. Cikgu nak share apa yang cikgu terbaca ye.

Most types of specific phobia cause the heart rate and blood pressure to rise. Hemophobia and other blood-injection-injury phobias frequently cause a drop in blood pressure and heart rate. The sudden drop can lead to fainting, a relatively common response to the sight of blood.                                                                              (SOURCE : About.com)


Oh ya.. memang aku pitam pon tadi. (dah keluar dari mood main cikgu-cikgu)
Tadi? Oh, ya. Lupa nak mention. Aku accident tadi. Dan aku pitam depan rumah. Dua kali. Haha..hilang sudah ke-macho-an aku.

Hemophobia is often related to other phobias. Trypanophobia, or fear of medical needles, is sometimes associated with hemophobia. Some people with a fear of blood also have other medical phobias, such as fears of doctors and dentists.

Memang.. Aku takut jarum suntikan, takut jumpa doktor time sakit. Tapi aku berani jugak nak jumpa dentist. Well, regular check-up gigi tak sakit kan. Sebab tu tak takut.

Bleeding is an indication that something is wrong with the body, and the sight of one’s own blood can be enough to trigger health anxiety.

Dah namanya accident, comfirm la ada luka-luka kan. Minor injuries lah. Tapi tu pun dah cukup untuk buat aku hilang akal sebentar.

Hemophobia may be caused by a previous negative experience with blood. Those who have been through a traumatic injury or illness that caused a major loss of blood may be at increased risk. 

Aku start takut darah sebab ada negative experience with blood la masa zaman childhood aku dulu-dulu. Dah anak sedara aku kena cakar dengan kucing bawah mata, aku pulak yang dukung dia balik rumah, nasib budak darjah 4 masa tu, cuak gila lahh. Sampai aku pun end up jadi macam ni. (nada sedih)

Oh, ya. Macam mana yang accident tu?
Ceritanya macam ni.. Aku on the way nak ke Hentian Kajang untuk ambil tiket balik Aloq Setaq esok. Accident kat simpang dekat-dekat rumah my sis je. Haish.. There was a car and I was riding a motorcycle, with my sis. Kereta tu potong motor aku dan terus bagi signal untuk belok kiri. Aku tak sempat mengelak dan GEBAMMMM... Sedar-sedar aku dah tertiarap muka ke bawah, tak boleh bangun sebab kena hempap dengan LC abang ipar aku. Tobat lawak masa tu kalau aku tak sakit. Ok, aku tak claim apa-apa sebab masa tu cuak sangat tengok muka brothers tu dan sakit. Sampai rumah, dua kali aku nak pitam tengok darah sendiri. Cehh... terok.

Dan macam mana keadaan aku sekarang?

Well, Alhamdulillah. Still alive. Few cuts and bruises. Injured my elbow, palm, and thigh. 
Jangan risau. Aku tak teruk sangat. Kalau tak, tak da nya aku nak duduk depan desktop ni dan type entry panjang-panjang. Baik aku menangis sorang-sorang atas katil ye tak.. 

Oh, mak aku kat kampung tak tau lagi yang aku accident. Harap-harap akak, abang, dan anak sedara kat kampung pandai simpan rahsia. Esok balik mampus aku kena. Doakan saya selamat. 

Assalamualaikum.