Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Showing posts with label feel. Show all posts
Showing posts with label feel. Show all posts

25.11.13

Rapuh

Rapuhnya hati aku

aku berjalan
menyusun aturan langkah yang kian tempang
tongkat diberi aku tolak ke tepi - apa kau anggap aku lemah? aku tak perlu bantuan dalam mengatur langkah tempangku
aku terlalu egois, kau tahu?

...........................................

satu, dua, tiga
langkahan tempang aku hayunkan
sambil mata melirik ragam manusia
sekali aku tersenyum, selebihnya aku berduka
ah, bahagia nya mereka dengan setiap langkahan sempurna
malah, dua hayunan langkah yang seiring seakan mempersona
aku tunduk, seka air mata

tanpa henti, aku teruskan perjalanan dengan langkahan tempang yang sama
terkadang, aku berhenti lepaskan lelah
pungut segala sisa hati dan semangat yang berbekas
tampal semula secoret senyuman
sebelum aku teruskan hayunan langkah tempangku

Oh, rapuhnya hati aku!

8.11.13

Imaginasi

kau nak tahu?
dalam dunia fikiran aku
aku dah bunuh kau tiga kali,

tapi selalunya,
aku biarkan liar imaginasi aku
buat kau melutut dan menangis
sambil aku hamburkan rasa sebal aku berpuluh-puluh kali
kau memujuk
aku tak ambil peduli
lalu mulutku ringan meluahkan kata-kata sinis yang mendiamkan kau
dan tinggalkan kau tersedu-sedan di sudut situ

lalu aku rasa puas,

tapi kemudiannya kosong

sebab aku tersedar
yang tak guna aku 'bunuh' kau sekarang

aku patut pintas kata-kata kau dulu
yang dah 'bunuh' rasa percaya aku

3.7.13

kau hanya pencetus rasa sebal aku

kau tahu apa yang buat aku terus kuat?
rasa tidak mahu dipandang lekeh dimata kau.
itu buat aku tetap tegak berdiri.

segala teguran yang kau beri dulu,
yang dulunya mungkin tidak aku turut
aku cuba untuk berubah.
kalau teguran tidak diturut itu penyebab aku begini,
aku mahu kau tahu yang kau salah,
tersilap langkah.

kau tahu,
meski sudah lama berlalu
tapi kau masih mampu buat aku sakit, pedih.
dan aku tak pernah suka rasa itu.

harapnya nanti kalau kita berjumpa semula,
kau akan lihat aku bukan seperti aku dahulu,
tapi aku yang lebih baik, lebih cekal, lebih tabah.

dan saat itu,
aku harap kau terpaku.

tapi, jangan kau pernah terfikir
aku berubah kerna engkau.
kalau pun aku berubah, aku berubah kerana aku dan Dia.
kau hanya unsur pencetus
pencetus amarah dan rasa sebal saat aku terkenang.

15.6.13

Manipulasi minda yang gagal

Rasa yang satu ini antara rasa yang paling aku benci.
Last sekali dapat 'rasa' macam ni lebih setahun lepas.

Rasa marah meluap-luap,
sakit hati tanpa sebab,
rimas,
sedih,
tahan tangis,
semua bersatu.

Dan semua muncul tanpa sebab yang konkrit.

Macam petang ini, rasa kesialan itu muncul tanpa warning.
Sebabnya?

1.  Ika semakkan ruang tamu.
 Aku bagi warning sekali, dia buat tak endah - aku buang semua barang atas meja - dia protes - aku bagi makan penampar.

 2.  Ke-'sibuk'-kan emak saudara sebelah rumah.
Aku tengah menjahit - dia sibuk-sibuk belek sana-sini sambil datang dekat sangat-sangat dengan aku - aku bagi hint kata aku rimas - dia buat tak faham bahasa - aku tarik kain dari tangan dia dan angkat kaki. 

3.  Mak ulang soalan yang sama "bila nak makan coklat tu?"

4.  Abang cik cakap dia tak boleh hantar ke Shahab Perdana esok.

Tak, sebenarnya benda-benda di atas ni sangat-sangat-sangat small matters, kalau terjadi pada hari-hari biasa. Tapi, disebabkan semua di berlaku pada petang ini, ia sangat-sangatlah terrible.

Dan sekarang aku tengah tahan sendu, sambil berfikir macam mana nak channelkan this negative feeling towards something beneficial.

Hell yeah. 


18.5.13

Langsung tak bersyukur

Terkadang aku fikir
"kan best kalau ada adik beradik sebaya"

Hah, statement orang tak kenang dek untung.

Tapi betul
bukan sekali, tapi dah berkali-kali aku terfikir

Rasionalnya
senang nak bercerita,
bergelak tak ingat dunia
buat benda lagha sama-sama

Yang atas dari aku umurnya lebih dari aku 7 tahun
lelaki,
masih belum berpunya,
selebihnya semua dah berkahwin, beranak pinak
sudahnya tinggal aku seorang-seorang
nak bergurau bodoh dengan abang
nanti dikatakan 'adik aku ni sasau'
nak bercerita dengan kakak-kakak,
mana nak dilayannya cerita budak baru masuk dewasa
tak masuk dek jiwa mereka.

Terkadang hati kata,
"kau perlu cari saudara buat kongsi bicara"
tapi siapa nak aku tuju?
Aku tak biasa bercerita dengan mereka.

Cemburu,
cemburu aku lihat kawan-kawan
yang rapatnya dengan adik kakak tahap tak ada segan


Ini kata dari hati yang tak berfikir

10.5.13

Euphoria malam ini



Bilamana setiap perkataan mereka, walau yang ringkas mampu buat aku ketawa...
Itu aku panggil BAHAGIA.


Terima kasih Fauhan,
Terima kasih Linda,
Terima kasih Kak Cik,
Terima kasih Wawa,
Terima kasih Nurmi,
Terima kasih Atun (walau tak muncul,tapi memori tentang dia pasti ada)
Terima kasih F2

9.5.13

Cemburu


Bukannya tak cemburu,
Cemburu sangat.

Keinginan itu ada,
dan pasti akan terlaksana,
cuma entah,
Syaitan-syaitan masih berjaya memanipulasi diri,
bisik kata-kata nista yang sudah aku tahu di mana salahnya,
tapi itulah,
dah namanya manusia
yang buruk itulah yang aku ikut,
yang indah itu segan silu untuk aku turut.

Dibuka gambar seorang sahabat,
yang dulunya serupa aku,
lalai...
Kini sahabat itu dah banyak berubah meninggalkan aku yang masih di takuk lama.
Jujur aku kata,
aku cemburu.
Aku cemburu dengan dia.

Lantas aku cermin diri aku.
Ya, aku bertudung.
Lengan baju panjang.
Bagus!
Tapi,
tudung aku? cukup labuhkah?
baju seluar aku? cukup longgarkah?
kaki aku? mengapa dibiarkan terbuka?
solat aku? mengapa masih lompong?
Tepuk dahi, sembunyi muka.
Aku masih tak sempurna.

*Senyum
Aku rasa cemburu ini ada baiknya :)

9.1.13

berangan dan berfikir

kalau nak disusun ikut turutan, berangan tu boleh kot masuk dalam list hobi aku
dah nama berangan, mestilah nak yang indah-indah saja.

tapi,
terkadang terfikir tentang masa depan,
fikir yang serius, yang bukan main-main,
aku jadi kecut perut.

Sekarang,
rasa macam tak sabar-sabar nak habis study,
nak rasa pegang duit sendiri.
Tapi difikir balik,
dalam umur yang dah makin tua,
mampu aku nak hadap tanggungjawab banyak-banyak?
Sanggup?



**Rasanya aku kena tukar style berangan aku. Nak kena berangan hidup yang susah pulak. Kot-kot  boleh siapkan mental fizikal untuk masa depan kot.

3.1.13

My Nurin, My World


Nurin Radhiyyah Najwa

Nurin = Cahaya
Radhiyyah = Yang Redha ; Yang Rela
Najwa = Bisikan rahsia

Seindah nama, semolek peri laku...
(maaf. mak cik amat rindu dengan Nurin. dan tahniah kerana Nurin telah berjaya memenuhkan memory handphone, laptop dan camera mak cik dengan gambar-gambar Nurin)

20th March 2011.. She was born.



Isn't I'm adorable??





That cheeky smile of her.

Seems that I'm over doing it. 

Upps.. I did it again. But still, my makcik loves the way I smile, laugh, and giggle. 



Double WOW for the eyes !

Admire my curly hair? Go to your hairstylist and ask for one.

She loves wearing hijab. Automatically, she will perform 'solat' once she wear hijab. Good girl :)

Look at that double chin !

Mahuku satu... Mahu kau senyum selalu :)

** Never thought she'd grown up so fast. Did I mention she'll get new baby sister/brother in the upcoming few months ?


24.7.12

Saat itu indah

Assalamualaikum. May peace be upon you.

Zaman sekolah...
To be honest, keseronokkan zaman sekolah bagi aku hanya bermula sejak aku Form 3.
Form 1 Form 2 aku masih struggle untuk adapt dengan situation baru. Life was a bit havoc masa tu.

Form 3 - Thanks to Yana, Tikah, Zainie, Cipak dan the rest. Sebab berjaya discover the real me.

But today, I miss my life as an Astechian more than ever. The life of being a civil engineering student.
Tiba-tiba jadi sebak teringat classmates.

Rindu nak tiba-tiba masuk kelas, then jerit 'Weh, aku sayang ang.' 'Aku rindu ang.' After that, boleh tengok reaction budak-budak laki yang dah memang suka buat muka tak tau bila mood gila aku datang. Rindu!

Rindu nak datang kelas pagi-pagi, ambil buku add math Cik Mai, copy sebijik-sebijik tanpa rasa teringin pon nak paham apa yang disalin. Rindu!

Rindu nak bergaduh dengan Pakya. Bergaduh dengan penuh semangat, then dia kata aku pekak sebab aku tersilap dengar apa dia cakap. Pastu mula nak cover keadaan. Rindu nak curi wallet dia. Then, pura-pura macam tak tau apa padahal dia dah tau yang memang tak da orang lain teringin nak buat macam  tu selain aku.Rindu!


Rindu nak tengok Ayie sambil dua-dua buat muka tension bila cikgu Chemistry dah mula melalut merapu. Rindu!

Rindu nak share segala macam cerita kat Raffy pantang cikgu tak masuk kelas. Rindu!

Rindu nak tidur dalam kelas. Pastu bangun pergi toilet dengan muka sememeh abes. Tudung ke depan, tak heran budak-budak kelas sebelah. Rindu!

Rindu nak masuk kelas  Math Cikgu Syed. Buat latihan secepat mungkin, then angkat tangan dan cakap 'cikgu, saya dah buat habis. nak tidoq'. Bagi cikgu check jawapan dan terus letak kepala. Rindu!

Rindu dengan Baty sebab dia sorang je yang rajin picitkan tangan aku kalau aku mengantuk dalam kelas even time tu dia pun mengantuk jugak. Rindu nak tengok Baty blurr. Rindu!

Rindu dengan Sir Wahid yang suka berspeaking slanga omputeh walaupun aku tetap balas dengan bahasa melayu loghat kedah. Rindu Teacher Yeoh cakap laju macam kereta api masa kelas Add Math. Rindu tersengguk-sengguk tidur dalam kelas LK Pak Rom. (Ish, ang la manusia paling pelik pernah aku jumpa. Dalam kelas LK pun boleh tidur- Pakya,2009). Rindu nak kena denda buat karangan kat luar kelas masa kelas BM Ustaz Azhar walaupun masa tu aku sorang je yang berbaju biru prefect kena denda, kena rotan. Rindu nak masuk kelas sejarah Cikgu Normadiah sambil puji baju dia sebab malas nak belajar.  Rindu nak dengar Ustazah Hazmah berleter kat back-seatters yang tidur, padahai aku yang kat depan dia pun tidur baik punya. Rindu kelas Physics Sir Lee sebab dia baik sangat dan sebab aku tak boleh nak beza tone suara dia time marah or tak marah. Rindu nak masuk makmal time kelas Chemistry Cikgu Gayah dan buat experiment merapu sampai pecah berasap segala bagai. Rindu!

Rindu nak bergedik-gedik dengan Syifa, Miela dan Mieza. Dengaq depa sembang pasai si X la, adik Y la sambil terkebil-kebil biji mata sebab aku tak kenai pon who's on earth depa tu. Rindu!

Rindu nak dengaq budak-budak KA2 yang lain bising-bising dalam kelas. Yang budak lelakinya melepak belakang kelas sambil main chess. Yang perempuannya buzy buat kerja masing-masing sambil mulut pot pet pot pet. Rindu!

Rindu nak masuk bengkel Kej. Awam then terus tidur atas kerusi yang empuk dengan suhu yang sejuk. Rindu nak buat kerja-kerja amali walaupun aku tak reti. Rindu!

Rindu nak kena marah dengan Pakya sebab aku malas sangat nak buat Lukisan Kejuruteraan dan Add Math. Pastu dia letak buku depan mata aku dan paksa aku berguru dengan dia sambil dia bercerita tentang Sue, si prefect Agri 1. Rindu!

Banyak lagi benda yang aku rindu.
Nak list jenoh nak scroll pulak nanti.
Nak mesej tanya khabar, segan.

Gambar copy dari blog Syifaa sebab malas nak penuhkan images kat google.
Form 4. Budak-budak lagi.
One of K.A punya amali. Ujian tanah. apakenama ntah.

Form 5. Matured la sikit. Konon



11.7.12

Nagging again



HasnaZaty once said to me,
"We don't miss the person. We just miss the moment."
Last night, I do miss the moment.
The moment of fighting
that's what I miss the most.
Cause for me, fighting is one way to show my care. (what the?)
I don't simply fight,
but I fight to tell my feelings, my thought.

Last week, during the girls gathering,
I told my fellow friends,
"Aku tak nak cari calon boyfriend, Aku nak cari calon suami."
And they laugh.
Ok, fine.

9.7.12

Terrified to say the L word?

Assalamualaikum. May peace be upon you :)

Hye.. I'm just google something on the net. Something regarding to my social studies class. Then I discovered this article on Spark Notes. Its the Top 20 Replies to "I Love You" article. It quite interesting. No kidding. Never thought Spark Notes got something like this. (so called Spark Life)


The description goes like this :



When someone tells you they love you, you may be tempted to reply, "I love you too." But what if you're not ready to return the sentiment—or you think saying "I love you too" is just boring?
Here are some of your choices :
1. Good!
2. So do I!
3. Most people do.
4. I don't blame you!
5. Cool story, bro.
6. That makes two of us!
7. I love me, too.
8. That's nice.
9. HAHAHAHAHAHA. You WERE kidding, right?
10. I figured.
11. Thanks, I wish I could say the same for you.
12. I'd rather you didn't.
13. Let me know how that works out for you!
14. I wouldn't think too much of it, I get that all the time.
15. Sounds fun.
16. Oh, great. This is just hunky dory peachy keen.
17. What part of "restraining order" do you not understand?!?
18. Okay, bye.
19. And I love unicorns!
20. Good for you

I would like to try this. I like those phrases especially no 3, 4, 7, and 14. (memang aku teringin nak makan penyepak) As for no 9 and 18, I used to do that quit often in my past. So, anyone "I Love You" please > <