Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

3.1.14

dua kosong satu empat

Assalamualaikum.
Salam Tahun Baru. Salam 2014.
(ehem...ehem...betulkan duduk)

Sebenarnya kan, kita tak pernah tanam azam apa-apa.
Bagi kita kan, kalau terdetik hati nak buat sesuatu benda yang positif tu, just do it!
Tak payah tunggu new year for a new me. Bullshit je semua tu. Serious.

Tapi kan, sebab kita ni study kat higher education institute yang jadual interaksi nya bermula dan berakhir sebijik-sebijik macam bebudak sekolah (dan secara automatiknya awal tahun bermula sem, hujung tahun habis sem), maka secara tidak langsungnya benda yang kita cakap bullshit tadi tu kita dah teraplikasi.

Well, normal la kot kan kalau during the semester break, when you check your exam result, and the result turns out worst than what you have expected, kita akan jadi insaf nak bertaubat serta merta. Tiba-tiba segala hasrat murni untuk berubah jadi student yang lebih baik muncul. Mula berfikir untuk tak nak tangguhkan assignments, nak read up stuff before entering class so that we know what the lecturers are talking about, tak nak study last minute, tak nak main games dan online dalam kelas, no more movies marathon and etc.

Dan saya juga tak terkecuali.

But I bet, benda tu hanya akan bertahan selama 2 minggu. Paling lama 3 minggu ah. Pastu by the time kerja berlambak-lambak datang, perangai lama datang ketuk pintu hati balik.

Masa tu padan muka kita.

K bai.

Yang benar,
Kita...

25.11.13

Rapuh

Rapuhnya hati aku

aku berjalan
menyusun aturan langkah yang kian tempang
tongkat diberi aku tolak ke tepi - apa kau anggap aku lemah? aku tak perlu bantuan dalam mengatur langkah tempangku
aku terlalu egois, kau tahu?

...........................................

satu, dua, tiga
langkahan tempang aku hayunkan
sambil mata melirik ragam manusia
sekali aku tersenyum, selebihnya aku berduka
ah, bahagia nya mereka dengan setiap langkahan sempurna
malah, dua hayunan langkah yang seiring seakan mempersona
aku tunduk, seka air mata

tanpa henti, aku teruskan perjalanan dengan langkahan tempang yang sama
terkadang, aku berhenti lepaskan lelah
pungut segala sisa hati dan semangat yang berbekas
tampal semula secoret senyuman
sebelum aku teruskan hayunan langkah tempangku

Oh, rapuhnya hati aku!

8.11.13

Imaginasi

kau nak tahu?
dalam dunia fikiran aku
aku dah bunuh kau tiga kali,

tapi selalunya,
aku biarkan liar imaginasi aku
buat kau melutut dan menangis
sambil aku hamburkan rasa sebal aku berpuluh-puluh kali
kau memujuk
aku tak ambil peduli
lalu mulutku ringan meluahkan kata-kata sinis yang mendiamkan kau
dan tinggalkan kau tersedu-sedan di sudut situ

lalu aku rasa puas,

tapi kemudiannya kosong

sebab aku tersedar
yang tak guna aku 'bunuh' kau sekarang

aku patut pintas kata-kata kau dulu
yang dah 'bunuh' rasa percaya aku

15.10.13

lelaki separuh usia dan sehelai not RM 5

ada seorang lelaki separuh usia,
yang hidupnya mengerah kudrat selayaknya tenaga memandu kereta sewa ke tempat-tempat yang diminta untuk dibawa.

datang dua penumpang,
"uncle, boleh tolong hantarkan ke XXX"
"boleh.boleh. RM 20"
"tapi uncle, selalunya RM15"
"sekarang sudah naik harga la. sekejap, saya check dulu"
...
"ya ya. Kamu betul. RM 15. tempat lain sudah naik harga. XXX masih harga lama. jom!"

dalam perut kenderaan, si lelaki separuh usia gelisah
serba tak kena
"tadi petang,ada budak tempat kamu belajar naik teksi saya. saya cakap RM20. kamu kenal ka?"
"err..tak kenal uncle."
"perempuan India. pendek-pendek. Ipoh mali. dua tahun belajar di sini"
"banyak perempuan India di tempat kami uncle"

si lelaki separuh usia meneruskan pemanduan,
tapi gelisah hatinya tak siapa mampu duga.
"you tak kenal ka? saya dah terambil lebih RM5 dari dia."
"tak pa lah uncle. uncle bukan sengaja."

diam...

"tak apa. nanti kalau dia datang sini lagi, saya kasi diskaun."

diam.

teruskan perjalanan.

"eh, itu ka perempuan tadi?"
"emm... yang mana uncle?"
"eh, bukan la. perempuan tadi lagi rendah."

diam lagi.
dua penumpang berlalu turun dari perut kereta.
meninggalkan si lelaki tua yang mungkin sedang berfikir yang entah apa-apa.
berfikir dalam diselubungi rasa salah yang membalut hati.
terfikir yang dia telah termakan wang berjumlah RM5 dari seorang pelajar universiti,
terfikir yang dia mengambil sesuatu yang bukan haknya.
terfikir yang macam-macam

mungkin.

dan rasa bersalah itu mungkin akan menghantuinya untuk beberapa hari mendatang.

RM 5 mungkin suatu nilai yang kecil pada kita, tapi mungkin tidak bagi lelaki separuh usia.
dan mungkin sesetengah dari kita pernah melalui situasi yang sama, tetapi dengan nilai harga yang lagi berharga.
persoalannya, kalau kita ditempat lelaki separuh umur tadi
apa akan kita buat?

A.  berlagak semacam tiada apa yang salah.
B.  rasa bertanggungjawab kerana telah mengambil hak orang lain.


jawapannya bergantung kepada nilai diri sendiri.
kepada tafsiran definisi 'SALAH' dan 'BETUL' kita.


3.7.13

kau hanya pencetus rasa sebal aku

kau tahu apa yang buat aku terus kuat?
rasa tidak mahu dipandang lekeh dimata kau.
itu buat aku tetap tegak berdiri.

segala teguran yang kau beri dulu,
yang dulunya mungkin tidak aku turut
aku cuba untuk berubah.
kalau teguran tidak diturut itu penyebab aku begini,
aku mahu kau tahu yang kau salah,
tersilap langkah.

kau tahu,
meski sudah lama berlalu
tapi kau masih mampu buat aku sakit, pedih.
dan aku tak pernah suka rasa itu.

harapnya nanti kalau kita berjumpa semula,
kau akan lihat aku bukan seperti aku dahulu,
tapi aku yang lebih baik, lebih cekal, lebih tabah.

dan saat itu,
aku harap kau terpaku.

tapi, jangan kau pernah terfikir
aku berubah kerna engkau.
kalau pun aku berubah, aku berubah kerana aku dan Dia.
kau hanya unsur pencetus
pencetus amarah dan rasa sebal saat aku terkenang.

15.6.13

Manipulasi minda yang gagal

Rasa yang satu ini antara rasa yang paling aku benci.
Last sekali dapat 'rasa' macam ni lebih setahun lepas.

Rasa marah meluap-luap,
sakit hati tanpa sebab,
rimas,
sedih,
tahan tangis,
semua bersatu.

Dan semua muncul tanpa sebab yang konkrit.

Macam petang ini, rasa kesialan itu muncul tanpa warning.
Sebabnya?

1.  Ika semakkan ruang tamu.
 Aku bagi warning sekali, dia buat tak endah - aku buang semua barang atas meja - dia protes - aku bagi makan penampar.

 2.  Ke-'sibuk'-kan emak saudara sebelah rumah.
Aku tengah menjahit - dia sibuk-sibuk belek sana-sini sambil datang dekat sangat-sangat dengan aku - aku bagi hint kata aku rimas - dia buat tak faham bahasa - aku tarik kain dari tangan dia dan angkat kaki. 

3.  Mak ulang soalan yang sama "bila nak makan coklat tu?"

4.  Abang cik cakap dia tak boleh hantar ke Shahab Perdana esok.

Tak, sebenarnya benda-benda di atas ni sangat-sangat-sangat small matters, kalau terjadi pada hari-hari biasa. Tapi, disebabkan semua di berlaku pada petang ini, ia sangat-sangatlah terrible.

Dan sekarang aku tengah tahan sendu, sambil berfikir macam mana nak channelkan this negative feeling towards something beneficial.

Hell yeah. 


11.6.13

Girls talk


"Hang saja pun. mulut puii puii puii berbuih cakap taff bagai. hati? macam cawan. jatuh pecah berdentum. koman spana jaya haih."

Kalau benar aku bagai cawan,
layan aku secukupnya.
tak perlu terlampau baik, tak perlu terlampau kasar.
Ye lah, aku kan cawan.